Bagaimana ianya bermula ...
Alhamdullillah, pada 12 Jan 2006 saya telah mendapat lesen radio amatur dari MCMC. Betapa gumbiranya saya. Sebenarnya saya berterima kasih kepada 9M2RT dan 9W2DAD yang mendesak saya untuk mengambil ujian RAE pada Nov 2005. Saya sepatutnya ambil ujian RAE pada bulan Mei 2005 bersama 9W2DAD tetapi entah bagaimana saya terlepas tarikh akhir mendaftar. Kemudian pada bulan Oct 2005 pun saya hampir terlepas kalau tidak atas peringatan 9M2RT. Dahlah hantar borang last minute(18 0ct 2005-dengan poslaju), terlupa bagi salinan IC pulak. Terima kasih kepada pihak MCMC yang menghubungi saya untuk difakskan salinan IC.Syukur,dah selesai satu hal !
Atas nasihat 9W2DAD,saya pun mendaftar dengan kelas yang anjurkan oleh MARES.Kelas dijadualkan pada 26hb dan 27hb Nov 2005 iaitu 2 dan 3 hari sebelum ujian RAE 2005 pada 29 Nov 2005.
Pada 24hb Nov 2005 saya dan famili berada diIpoh,PERAK menguruskan sambungan talian talipon untuk mertua saya di Kg. Batu 7,Jalan Tanjung Tualang,PERAK. Semasa nak ambil kereta didepan Kedai Talikom dibandar Ipoh,saya terserempak dengan satu kenderaan Mitsubishi Storm biru yang ada satu callsign(tak ingat dah callsign) dan "calling frequency" dicermin belakang. Alamak...baru teringat..ada kelas RAE dan ujian RAE minggu depan!!!
Saya beritahu XYL,kita kena balik Kuala Lumpur dengan segera. Pada pagi Jumaat 26hb Nov 2005 kami pun berangkat balik ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi saya.. terima kasih kepada pemandu Storm tadi..Akhirnya saya pun dapat hadhir kekelas RAE anjuran MARES dan seterusnya dapat menduduki ujian RAE.. kalau tidak melepaih lagi !!!
bersambung ....Kelas RAE Nov 2005 anjuran MARES
Saturday, January 12, 2008
Bagaimana ianya bermula ...bhgn 2
Kenangan kelas RAE Nov 2005 yang diadakan diUKM masih saya simpan buat selamanya kerana disitulah saya bertemu dengan pelopor-pelopor radio amatur malaysia yang tersohor yang kita semua kenali dan sayangi dan dianggap sebagai bapa radio amatur Malaysia iaitu Allahyarham 9M2GL. Minat dan dedikasi beliau untuk mengembangkan radio amatur diMalaysia sangat kental sekali. Tak lupa juga pelopor-pelopor radio amatur Malaysia yang lain yang saya temui seperti 9M2AU, 9M2CIA, 9M2RJ dan 9M2RS dan 9W2xxx yang saya kagumi. Saya ingat dengan latar belakang saya lepasan Politeknik Ungku Omar bidang Letronik/Komunikasi dan lebih 20 tahun bekerja dalm bidang Letronik sudah boleh megah dengan pengetahuan radio amatur...salah sama sekali... banyak perbedzaan antara teori dan praktikal. Sungguh cetek pengetahuan saya..apabila dibandingkan dengan pelopor-pelopor radio amatur yang saya maksudkan tadi.
Namun Alhamdullillah, pada 12 Jan 2006 saya terima keputusan ujian RAE....PASS !!!.
Sebelum itu atas nasihat rakan pada Sabtu 7 Jan 2006 saya terima rig yang pertama,Yaesu FT-8900, Diamond CR-8900 dan magmount yang saya pesan terdahalu. Sebelum itu 9W2DAD telah suruh saya sediakan bateri untuk ujian rig.
Dengan menggunakan bateri 12V 7.2Ah dan dipasang guna crocodile clip sahaja,rakan pembekal,9W2DAD dan saya ,rakan pembekal membuat ujian pertama QSO dengan 9M2RT dari pejabat saya diWangsa Maju melalui pancar ulang MARTS 9M4RKK di Kuala Lumpur. Wah seronok sekali ….. dah tak sabar rasanya nak pergi ‘On Air’.
Malam itu asyik baca manual saja...
Mula-mula belajar scan dulu..haa..ada penerimaan pancaran 147 Mhz..rupanya pekerja Indon yang mengawal kren simen diprojek perumahan Wangsa Maju 2(ofis kat Wangsa Maju 1).Kemudian set frekuensi repeaters yang diberikan oleh 9W2DAD. Pantau sahaja ... takut...tangan pegang PTT pun dah menggeletar. Repeater yang paling kerap saya pantau masa itu adalah 9M4RKW dan callsign yang paling popular masa itu adalah 9W2PJB..he he he..
No comments:
Post a Comment