Bagaimana ianya bermula ...

Alhamdullillah, pada 12 Jan 2006 saya telah mendapat lesen radio amatur dari MCMC. Betapa gumbiranya saya. Sebenarnya saya berterima kasih kepada 9M2RT dan 9W2DAD yang mendesak saya untuk mengambil ujian RAE pada Nov 2005. Saya sepatutnya ambil ujian RAE pada bulan Mei 2005 bersama 9W2DAD tetapi entah bagaimana saya terlepas tarikh akhir mendaftar. Kemudian pada bulan Oct 2005 pun saya hampir terlepas kalau tidak atas peringatan 9M2RT. Dahlah hantar borang last minute(18 0ct 2005-dengan poslaju), terlupa bagi salinan IC pulak. Terima kasih kepada pihak MCMC yang menghubungi saya untuk difakskan salinan IC.Syukur,dah selesai satu hal !

Atas nasihat 9W2DAD,saya pun mendaftar dengan kelas yang anjurkan oleh MARES.Kelas dijadualkan pada 26hb dan 27hb Nov 2005 iaitu 2 dan 3 hari sebelum ujian RAE 2005 pada 29 Nov 2005.

Pada 24hb Nov 2005 saya dan famili berada diIpoh,PERAK menguruskan sambungan talian talipon untuk mertua saya di Kg. Batu 7,Jalan Tanjung Tualang,PERAK. Semasa nak ambil kereta didepan Kedai Talikom dibandar Ipoh,saya terserempak dengan satu kenderaan Mitsubishi Storm biru yang ada satu callsign(tak ingat dah callsign) dan "calling frequency" dicermin belakang. Alamak...baru teringat..ada kelas RAE dan ujian RAE minggu depan!!!

Saya beritahu XYL,kita kena balik Kuala Lumpur dengan segera. Pada pagi Jumaat 26hb Nov 2005 kami pun berangkat balik ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi saya.. terima kasih kepada pemandu Storm tadi..Akhirnya saya pun dapat hadhir kekelas RAE anjuran MARES dan seterusnya dapat menduduki ujian RAE.. kalau tidak melepaih lagi !!!

bersambung ....



Kelas RAE Nov 2005 anjuran MARES

Kelas RAE Nov 2005 anjuran MARES

Monday, February 4, 2008

Bagaimana ianya bermula ...bhgn 3 Akhir

Pada suatu hari yang malang,saya beranikan diri untuk memulakan QSO.Masa itu saya belum ada callsign dan bercadang menggunakan callsign 9W2ZAB (Zulkifli Abdullah). Saya set kepancar ulang 9M4RKW dan dengan tangan yang menggeletar, saya pun bercakap, "9W2ZAB standby.." apabila ada 'pause'. Masa itu 9M4RKW digunakan oleh 9W2PJB dan 9M2RS.Selepas melepaskan PTT, saya dengar perbualan antara PW2PJB dan 9M2RS diteruskan seakan-akan saya tidak dipedulikan.Kemudian saya cuba lagi.
Sama juga..saya tidak diperdulikan.Ait..hairan..rosak ka rig ini,pasai apa depa tak jawab. Saya dengan panik talipon rakan pembekal..Haa..rupanya saya tak set ENC/DEC....patutlah tak trigger pancar ulang. Kali ini cuba sekali lagi..
"9W2ZAB standby". Kali ini ada jawapan dari 9W2PJB."Go ahead 9W2ZAB..disini 9W2PJB dan 9M2RS..9W2PJB standingby". Wow...seronoknya....sambil menggeletar.."Terima kasih 9W2PJB..9W2ZAB...disini Zulkifli Abdullah dari Wangsa Maju.." Lepas itu diam..kemudian saya dengar 9W2PJB cakap.."Haji..kat siapa dia pass mike ni, aku tak tau la budak ni, ambil Haji".
Seterusnya saya dengar 9M2RS dipancar ulang."9W2ZAB and group, 9M2RS .. callsign 9W2ZAB tidak terdaftar dalam log saya.. kalau tak berdaftar, tolong jangan pancar..daftar dulu baru boleh bercakap..9W2PJB 9M2RS"."9M2RS 9W2PJB returning,rakan tadi 9W2ZAB kalau belum daftar pergi daftar dulu kat MCMC Shah Alam..tak lama..kalau dah lulus terus dapat callsign".
Selepas dengar komen dari 9M2RS, saya terus jadi pucat dan tak pegang PTT lagi selepas saya daftar pada 23 Jan 2006 atas callsign "9W2ZIT" untuk Zul IT. Takut dan malu nak pakai 9W2ZAB...ha..ha..ha..
Itulah pengalaman awal saya dalam radio amatur. Sebagai mana yang saya telah beritahu tadi..9M2RS adalah seorang pelopor radio amatur Malaysia yang disegani berdasarkan pengalaman beliau dan beliau sangat pentingkan dan menjaga ETIKA radio amatur. Biar pengalaman dan kesilapan saya jadi iktibar pada yang lain....
Selepas peristiwa ini..saya ke Sungai Wang Plaza beli UHF walkie-talkie satu set dan belajar bercakap dengan XYL saya dan 9W2DAD. Lepas yakin sedikit..baru masuk balik pancar ulang..
Maka terbukalah suatu dunia baru dalam hidup saya ... dunia Radio Amatur !!!
Setakat ini saya dah mencece di udara lebih kurang 600 kali dan mendapat 250 rakan baru ….. haa….lepaih geram la tu..

Ramai rakan saya tertany-tanya .. apa dia Radio Amatur tu ? Buat apa nak masuk jadi ahli Radio Amatur ? …tengok "Apa main-main radio ni …"

3 comments:

Anonymous said...

Flea market radio amatur kembali lagi!! 1 Jun 2008 ini.Pelbagai jualan aksesori radio amatur, antenna, dan PTT dengan harga termurah. Lawati http://fleamarket.mares.org.my jom ramai-ramai memeriahkan!

Unknown said...

Hahahah..baru ku jumpa blog nih. Tuh dulu punya cerita. Skrg aku dah letak terus PTT tak pegang lg. Lesen pon dah mati dan takde niat nak renew. SAZALI AKA PAJEBOT.

Unknown said...

Hahahah..baru ku jumpa blog nih. Tuh dulu punya cerita. Skrg aku dah letak terus PTT tak pegang lg. Lesen pon dah mati dan takde niat nak renew. SAZALI AKA PAJEBOT.