Bagaimana ianya bermula ...

Alhamdullillah, pada 12 Jan 2006 saya telah mendapat lesen radio amatur dari MCMC. Betapa gumbiranya saya. Sebenarnya saya berterima kasih kepada 9M2RT dan 9W2DAD yang mendesak saya untuk mengambil ujian RAE pada Nov 2005. Saya sepatutnya ambil ujian RAE pada bulan Mei 2005 bersama 9W2DAD tetapi entah bagaimana saya terlepas tarikh akhir mendaftar. Kemudian pada bulan Oct 2005 pun saya hampir terlepas kalau tidak atas peringatan 9M2RT. Dahlah hantar borang last minute(18 0ct 2005-dengan poslaju), terlupa bagi salinan IC pulak. Terima kasih kepada pihak MCMC yang menghubungi saya untuk difakskan salinan IC.Syukur,dah selesai satu hal !

Atas nasihat 9W2DAD,saya pun mendaftar dengan kelas yang anjurkan oleh MARES.Kelas dijadualkan pada 26hb dan 27hb Nov 2005 iaitu 2 dan 3 hari sebelum ujian RAE 2005 pada 29 Nov 2005.

Pada 24hb Nov 2005 saya dan famili berada diIpoh,PERAK menguruskan sambungan talian talipon untuk mertua saya di Kg. Batu 7,Jalan Tanjung Tualang,PERAK. Semasa nak ambil kereta didepan Kedai Talikom dibandar Ipoh,saya terserempak dengan satu kenderaan Mitsubishi Storm biru yang ada satu callsign(tak ingat dah callsign) dan "calling frequency" dicermin belakang. Alamak...baru teringat..ada kelas RAE dan ujian RAE minggu depan!!!

Saya beritahu XYL,kita kena balik Kuala Lumpur dengan segera. Pada pagi Jumaat 26hb Nov 2005 kami pun berangkat balik ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi saya.. terima kasih kepada pemandu Storm tadi..Akhirnya saya pun dapat hadhir kekelas RAE anjuran MARES dan seterusnya dapat menduduki ujian RAE.. kalau tidak melepaih lagi !!!

bersambung ....



Kelas RAE Nov 2005 anjuran MARES

Kelas RAE Nov 2005 anjuran MARES

Friday, January 11, 2008

Apa main-main radio ni ....

Ada rakan akan bertanya ... "Apa main-main radio ni..?" bila dia tengok kita tengah QSO atau memegang handy. "Polis ka?"."Tonto ka?". Ini mungkin tanggapan setengah golongan masyarakat terhadap kita. Saya jawab "Bukan bang ...saya ini sedang berbual dengan rakan saya dekat Langkawi ni"."Dia tengah nak heoneymoon pun tengah malam ni, nak berQSO juga lagi.. maklumlah baru dapat lesen". "Haa.. lesen?".
"Memang bang..nak menggunakan radio walkie-talkie sebenarnya kena berlesen, kena beretika..mana boleh hantam saja"."Yang saya guna ini lesen Radio Amateur diberi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,MALAYSIA..dari Kerajaan bee"."Ait .. nak pakai walkie-talkie pun nak lesen Kerajaan?.Tu yang orang Indon pakai kat tapak pembinaan tu sapa bagi lesen,kerajaan Indonesia ka?"."Bukan..kerajaan Malaysia juga.Itu lesen komersial kepunyaan syarikat pembinaan tu, juga dipohon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,MALAYSIA."
"Ooooh..Jauh bercakap tadi,diLangkawi. Berapa kena caj seminit? Boleh SMS tak?"."Tak kena caj pun...SMS tu tak bolehlah dengan walkie-talkie saya ini..ini murah punya..Tapi ada yang lagi canggih sikit..boleh hantar SMS dan tahu kedudukan kita"."Jauh tu bolehlah satu Malaysia.. melalui pancar ulang."."Ada lagi jauh..satu dunia..tapi lesen saya buat masa ini Lesen B erhad..nanti nak ambil Lesen A ngkasa..".
"Apa tadi Tanjung Tualang, Ikan Bertulang..ohh Pancar Ulang"? Pancar ulang ni adalah rangkaian sistem radio yang dipasang diatas tempat-tempat tinggi untuk menyambungkan pancaran dari walkie-talkie yang kecil ini keserata Malaysia.Lebih kurang macam pemancar RTM laa."."Wow macam RTM..boleh menyanyi tak?"."Haa..dah nak glamour pulak budak ni. Sebagaimana saya cakap tadi ..berQSO atau berkomunikasi melalui radio ada E T I K A.."."S O R R Y, L U P A."."Okay bang..menarik..apa lagi gunanya?"."Selain dari mendapat ramai kawan baru..radio ini juga sangat berguna dalam kecemasan dan bantuan lain"."Sesetengah jalanraya kita ..dalam kampung.. tak dapat talian telepon bimbit..Mat Kuning tu tak sampai.Kita dah sesat ni.."."Haaa.. panggil rakan melalui radio..gerenti dapat jalan keluar."."Tayar pancit tengah malam dijalan hutan ...jangan pandang belakang..who do you call ..bukan Ghost Busters..rakan radio la..depa mai punya"."Kalau isteri pun dah dapat lesen, bolehlaa tanya sebelum balik rumah tu ... dah StandBy ke...ehem..".
"Waaa best bang..nak masuk geng lah."."Woi apa geng-geng?"."Kami secara bangga gelar diri kami operator Radio Amatur..sebut betul-betul.. RADIO AMATUR".
"Cara nak join kami macam ni."
1. Daftar dengan badan Radio Amatur Malaysia seperti MARTS,ASTRA,MARES,PARTS dan
lain-lain. Ini adalah untuk mendapat bantuan dari segi ilmu dan prosedur.
2. Bila dah bersedia.. daftar pula untuk kursus peperiksaan RAE.
3. Daftar untuk menduduki ujian RAE.
4. Selepas lulus.. daftar callsign anda (nama panggilan diradio).
5. Beli radio set (bukan yang kat supermarket tu) dan
6. yahoooooo.. QSO". Jangan dah dapat lesen buat pekasam aje..
7. Seterusnya anda berlagak dan beri tekanan kepada isteri,
anak-anak, ayah, ibu dan saudara terdekat untuk ambil ujian RAE..
nak kena pelangkong bolehlahh...selamat berjaya".

2 comments:

Siswa said...

Cerita dah bertambah menarik, jangan lupa ceritakan pengalaman mendaki Gunung Nuang dengan troup V17!a

9W2ZIT said...

Mana boleh lupa Wilayah v17. Tengok page header pun dah ada... kisah Gunung Nuang akan datang ...
Terima kasih ..73